ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE PLANET BUMI

Monday 22 February 2016

Pengenalan Bumi , Matahari , Bulan dan Bintang


         Allah telah menciptakan alam semesta yang sangat luar biasa . Di dalam Al-Quran tedapat infomasi dan pemahaman yang benar mengenai pergerakan bulan , matahari dan juga berkaitan dengan alam semesta . 

Sistem Suria terdiri daripada Matahari dan objek astronominya yang terikat oleh gravitinya ke dalam orbit sekelilingnya. Semuanya terbentuk daripada keranapan awan molekul gergasi kira-kira 4.6 bilion tahun lalu. Sebahagian besar jisim sistem ini datang dari Matahari. Dari kebanyakan objek yang mengorbit Matahari, kebanyakan dari jisim tersebut ditampung didalam lapan yang relatifnya planet sendirian iaitu orbitnya hampir membulat dan berada didalam cakera yang hampir leper dipanggil satah ekliptik.

 BUMI 
merupakan planet ketiga dari matahari yang merupakan palnet terdapat dan terbesar kelima daripada planet yang lain . Bumi adalah satu-satunya planet di alam semesta yang mempunyai kehidupan  . Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun dahulu . Kehidupan muncul di atas permukaan dalam tempoh satu bilion tahun . Bumi jua dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun . Jarak di antara bumi dan matahari adalah 149.6 KM .
earth, tierra, and estrellas image
Kehidupan di bumi mempunyai tahap yang kompleks mula berevolusi dimana hasilnya permulaan perkembangan tumbuhan , haiwan dan manusia 
          MATAHARI
merupakan bintang yang terdekat dengan bumi dengan jarak putaranya 149,680,000 KM . Matahari dan lapan buah planet yang lain bergabung membentuk sistem suria di semesta . Cahaya daripada matahari ini dapat memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi .

      Matahari berputar 25.04 mengikut hari bumi bagi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi . Terdapat gas yang teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,00 KM ke angkasa . Marakan matahri boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio , televisyen dan juga mampu merosakkan satelit . Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi , sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah . Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu pada permukaan matahrari . Gerhana matahari berlaku akibat peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi .
BULAN
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripdanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.

Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.

 

BINTANG ANGKASA

Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta. Galaksi dalam mana sistem suria, iaitu bumi dan matahari berada di dalamnya dikenali sebagai Bima Sakti.
Bintang-bintang sentiasa wujud secara berkelompok yang dikenali sebagai galaksi, bersama-sama dengan gas, debu antara najam, dan "jirim gelap"; sekitar 10-20% dari galaksi terdiri daripada bintang, gas, dan debu. Galaksi dikekalkan bersama oleh tarikan graviti dan komponen galaksi mengorbit satu pusat. Terdapat bukti bahawa lubang gelap mungkin wujud di pusat sebahagian, atau kebanyakan, galaksi. Galaksi terbentuk dari protogalaksi.

Perkataan galaksi dalam bahasa Inggeris galaxy diambil dari nama galaksi kita , Bima Sakti ( Milky Way ), menggunakan perkataan Yunani gala (umumnya galaktos) bererti susu.

No comments:

Post a Comment